Friday 6 January 2012

Apa yang hari ini adalah kita yang esok

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam,pelbagai perkara telah berlaku. Aku sedih, buntu dan ada sampai satu tahap, aku jadi sangat blur. Otak sangat kosong dan aku tidak dapat membuat sebarang keputusan. Rasa seperti loser sangat. Tapi aku tahu, itu hanyalah ujian kecil yang diberi oleh Allah untuk aku merenung kembali apa yang telah berlaku dan mentafsir kembali kekurangan dan kejahilan yang telah aku lakukan. Aku sering leka dan lalai. Kadang-kadang, solat pun di hujung waktu. Aku cuba perbaiki diri. Tapi sebagai manusia biasa, sikap 'hangat-hangat tahi ayam' sentiasa ada. Hari ni bertekad nak jadi lebih baik, esok..entahla...

Teringat kata-kata dari adik sepupu aku,

Apa yang kita jadi esok bermula dengan hari ini.'

'Make your day count'


Hmm...kena tekad dan istiqamah untuk berubah. Semoga tahun baru ini memberi sinar dan nafas baru untuk aku menjadi diri aku yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun lepas. InsyaAllah.


Istiqamah

0 suara comel:

 

Blog Template by BloggerCandy.com