Monday 20 February 2012

Betul ke?

Bismilahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini hari isnin, mood masih kurang untuk bekerja. Semalam, aku dah bercakap dengan mak aku. Mintak pendapat beliau tentang keputusan aku tu. Alhamdulillah, beliau menyokong. Cuma tak best bila fikir part duit. Ya Allah, jauhkan lah aku dari memikirkan tentang duit dan duniawi saja. Niat...sila betulkan niat kamu itu cik pengat pisang!


Bila aku teliti balik entry yang lepas, wah, agak drastik jugak keputusan aku. Kalau menjadi kenyataan, inilah kerja aku yang paling sekejap. Takpala, lain kali, ikut kata hati. Memang kalau diimbas kembali, sebelum aku nak kerja kat sini, aku agak teragak-agak (ok, ni ayat ape pulak). Maksudnya, aku masih was-was, betul ke aku nak kerja kat sini setelah aku mendengar pelbagai cerita yang tak best tentang company ni?

Tapi bila aku fikir balik, kerja mana yang tak stress kan..Ok, memang betul. tapi kerja kat sini, lain sikit. Aku tak tahu kenapa, tapi 1st, aku macam terkontang kanting. Aku geram sebab terima arahan dari seorang ketua yang aku rasa, dia boleh buat benda tu sendiri. Macam sengaja nak menyusahkan aku. Sebab, bila aku study balik job description aku, aku bukannya kena tumpu buat kerja yang dia minta aku buat untuk dia. Tapi, takpela, ingat dia seperti macam ayah aku je. Tolongla. Tapi, agak stress jugakla.. yang 2nd, aku rasa macam susah je  nak masuk dengan orang kat sini. Entahla, rasa isolated, rasa terkurung, rasa terasing, rasa terbiar...apa lagi...sedih...tapi tak boleh nak salah kan sesiapa. Mungkin bilik aku yang terasing dari orang ramai yang membuatkan aku terpinggir.

Satu lagi, aku tak suka berjumpa dengan anak bos aku, actually dia bos aku kat sini manakala bos aku yang betul-betul tu, dia stay kat hq. Dia macam...entahla..ok..tak baik berburuk sangka. Dah..stop kat sini...

Sekian luahan hati aku kali ni.

Wassalam.

0 suara comel:

 

Blog Template by BloggerCandy.com