Friday 27 January 2012

Hari Jumaat yang bahagia

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini adalah hari Jumaat dan aku berbahagia sekali kerana esok dah cuti. Tapi esok kena bangun awal, nak bersukan...swimming...best..best...



Hari ni minggu kedua aku kat tempat kerja baru. Agak sibuk. Ye la, sejak 2 minggu kat sini, selang sehari ada je mesyuarat. Mesyuarat kalau setakat 12 to30 minit, takpe jugak, ni kadang-kadang melalut sampai ke 2 jam. Paling aku tak suka, biasanya mesyuarat bos akan buat dalam range 5 to 530 ptg...so anda semua boleh bayangkan lah kalau melarut sampai ke pukul 7. Mana nak solat asar lagi, nak balik rumah lagi. Oh, since aku baru je start kerja kat sini, aku tak pindah lagi rumah dan aku rasa kalau aku nak kerja kat sini, memang aku kena pindah rumah sebab tempat kerja sekarang dengan rumah yang aku duduk sekarang adalah saaaaannnnggaaaaattttttttttttt jauh. Huhuhuhu...Kalau pagi, jalan clear, pecut sikit, setengah jam dah sampai. Jalan clear pun sebab sekarang kan tengah cuti sekolah, CNY kan. Next week buda-budak sekolah dah start bersekolah balik. Memang jam la...Itu hal time pagi, waktu nak pergi kerja. Time nak balik pulak, aiyoooo...lagi lama woo....kalau nasib baik, 40 minit macam tu boleh sampai rumah. Kalau nasib tak baik, adala sejam lebih. Aku lalu MRR2 kot...korang mesti tahu, itula salah satu hotspot yang selalu jalam jem. Fuuhhh....

Oh, satu lagi...kakak ofis aku yang dulu datang interview kat ofis aku kerja sekarang hari ini. Ye la, masalah kat ofis lama aku tu, aku rasa takda siapa boleh tahan kot. Aku da suruh sorang lagi ofismate aku anta resume kerja kat sini. Biarlah orang kata aku nak bawak geng...tapi niat aku suci (suci kee...hehe..padahal nak geng bergosip ;p). Aku taknak la kawan-kawan ofis lama aku terbiar macam tu je. Bayangkan....gaji kitorang dah tertunggah 3 4 bulan...Sape boleh tahan? Kecuali ko anak orang kaya...sebab memang ada pon anak datuk and anak orang kaya dalam company lama aku tu and diorang memang mantain je kat sana.

Ehh...melalut pulak, sebenarnya nak cerita tentang kakak ofismate aku yang datang interview ni. Alhamdulillah, kemungkinan besar memang dia akan dapat kerja kat sini. Adalah kawan aku kat sini. Kalau tak, duduk je sorang sorang dalam bilik. Serius, aku kat sini memang isolated sebab aku diberi satu bilik khas yang memang takde sape pun...memang terasing sangat.




okla, nanti sambung cerita lagi. adios~


Selamat Berhujung minggu.


Gambar semua dari Google.
Friday 20 January 2012

Soalan yang aku tak berapa suka jawab pada masa kini

Ce teka....tekalaaaa...hehe....mengade sunggohh ;p


Kenapa sekarang, bila saja orang tanya umur, mesti segan-segan atau malu-malu nak cakap? Weird sungguh kan. Padahal masa dulu-dulu, bila je orang tanya umur, mesti bangga je nak jawab.


Ok, aku tahu jawapannya. Errkkk...korang tahu?

Berjaya!!!

Assalamualaikum w.b.t.


Suka.....suka....suka....sebab aku dah berjaya letak iklan nuffnang yang dah berkurun aku plan nak letak tapi asyik tertangguh je...harap-harap boleh dapat wang besar la lepas ni. Huahuahuahua....

Ish...banyaknya nak cerita tapi keyboard ni buat mood aku hilang kejap.
Monday 9 January 2012

Kejadian pada petang semalam

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni aku kongsi sesuatu yang berlaku semalam. Actually it was a good+boring day. Like usual, i watch tv, reading newspaper and eating...suddenly....

.........................................................................................

Hati aku bagai disiat-siat semalam. Sakitnya hati ni...terasa calar-balar di setiap anggota.


Ceritanya begini, kereta aku telah digores dengan jayanya oleh seseorang. Bila je aku dapat tahu, Ya Allah, memang nak luluh jantung ni. Walaupun kete tu kecik, walaupun keta tu tak macam Honda City or Elentra yang baru keluar tu, tapi tu nyawa aku dow... My first car...my love...mesti la aku sayang giler. Susah kalau orang yang tak berada di posisi aku untuk memahami perasaan ini. Kata-kata orang yang tak faham, 'ala, relax la...sikit je pun', 'ala....kete dia ni lagi teruk scratch nya...relax je'...arghh...


Google
Takdela rupanya sebegini kurangla sedikit...

Tapi, alhamdulillah, orang yang bertanggungjawab tu sanggup bayar balik. Actually anak dia yang terlanggar kereta aku. Itula yang diberitahu. So disebabkan anak dia dah buat macam tu, dia sanggup bayar berapa saja, even nak tukar satu pintu kereta tu sekalipun.Ok, aku lega sekejap. Syukur, harap-harap betul la dia kotakan kata dia tu.



On the other side, setelah aku bermuhasabah, berfikir balik, sebenarnya mungkin ada benda atau perkara yang tak elok yang telah aku buat dan Allah nak uji aku. Aku tahu, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Mungkin selama ni aku terlalu bermegah dengan kereta aku tu (even kecik tapi he's my pride ;p). Mungkin aku terlalu leka dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Mungkin aku terlalu memikirkan duniawi. Mungkin aku ada menyinggung perasaan seseorang tanpa aku sedari.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku ini. Hanya padaMU aku memohon pengampunan.


*Ini hanyalah coretan rasa yang aku ingin luahkan di sini. Bukan bermaksud untuk menghamburkan kemarahan ku itu. Now, i'm great. Redha dengan apa yang berlaku.
Friday 6 January 2012

Apa yang hari ini adalah kita yang esok

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam,pelbagai perkara telah berlaku. Aku sedih, buntu dan ada sampai satu tahap, aku jadi sangat blur. Otak sangat kosong dan aku tidak dapat membuat sebarang keputusan. Rasa seperti loser sangat. Tapi aku tahu, itu hanyalah ujian kecil yang diberi oleh Allah untuk aku merenung kembali apa yang telah berlaku dan mentafsir kembali kekurangan dan kejahilan yang telah aku lakukan. Aku sering leka dan lalai. Kadang-kadang, solat pun di hujung waktu. Aku cuba perbaiki diri. Tapi sebagai manusia biasa, sikap 'hangat-hangat tahi ayam' sentiasa ada. Hari ni bertekad nak jadi lebih baik, esok..entahla...

Teringat kata-kata dari adik sepupu aku,

Apa yang kita jadi esok bermula dengan hari ini.'

'Make your day count'


Hmm...kena tekad dan istiqamah untuk berubah. Semoga tahun baru ini memberi sinar dan nafas baru untuk aku menjadi diri aku yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun lepas. InsyaAllah.


Istiqamah
Thursday 5 January 2012

Pembuka kata

Assalamualaikum w.b.t.




Ini bukan kali pertama aku menulis blog. Entah kali yang keberapa tah aku membuat blog baru. Semuanya gara-gara rasa di hati ini. Ingin diluahkan tapi disebabkan ramai sahabat yang dikenali selalu membaca blog aku, sudah tentulah aku rasa segan dan malu. Akhirnya, terjadilah blog ini.

Baiklah, menyusul entry yang berikutnya, kenapa...kenapa dan kenapa...
 

Blog Template by BloggerCandy.com