Wednesday 29 February 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Jom tukar link nak??



Segmen yang dibawakan oleh En Ben Ashaari

Belog saya ini masih baru jadi saya sangat-sangat mengalukan sesiapa yang nakk exchange link blog dengan saya. Tengok je kat tepi sidebar tu, takde lagi bloglist kan?

Jom jom jom ;;)

Redha dengan ketentuan Allah SWT

 Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, hari ni dapat juga aku mencoretkan sesuatu kat sini.
Syukur, aku masih dikurniakan kesihatan yang baik.
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik selalu.


Dalam diam tak diam, tinggal 2 hari je lagi sebelum trip aku ke Sabah. Dan seminggu lebih lagi untuk aku pergi ke suatu tempat yang menjadi keinginan semua umat Islam untuk pergi ke sana. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Persediaan pun masih 50%, risau jugak takut takut ilmu yang ada masih belum mencukupi.


Tentang trip ke Sabah, walaupun tinggal lebih kurang 2 hari tapi persediaan untuk ke sana belum dibuat 100% lagi. Walaupun homestay dah book, tapi aku masih dalam mood berjaga jaga, tak mau terlebih teruja untuk ke sabah  Takut terlalu kecewa. Sebab takut tak jadi. Anything can happen in this 2 days. Contohnya, macam minggu lepas, aku diberitahu oleh kawan aku sendiri, kawan yang nak pergi ke sabah dengan aku ni, dia disuspek demam denggi. So, aku pun tak nak la mengharap sangat. Ditambah pulak dengan duit gaji yang belum tentu aku akan dapat. Kalau syarikat ni baik hati and ade consideration, diorang akan bagi, kalau tak berhati perut, memang tak dela. Sedih T____T... Jauh wo aku berulang sehari hari nak datang kerja ni. Nak tempuh jam kat MRR2 tu. Mula la aku terfikir jahat...Kalau la aku hantar surat resign time lepas dapat gaji, lagi bagus kan. Tapi, fikir balik, duit yang aku dapat tu, berkat ke? Tak sanggup la pulak. Ish..tak sanggup nak guna. KALAU tu kan permainan syaitan. Tetapkan iman, semuanya telah diaturkan oleh Allah. Pasti ada hikmah, redha sajalah.

Ok, sekian entry luahan.
Thursday 23 February 2012

Wordless Thursday #1

Wednesday 22 February 2012

Mengata/ Mengumpat di kalangan kita

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum w.b.t.


I cant stop myself from touching and rubbing on my face. I dont know what cause me to do that. All i can see and realized, suddenly my hands were scrubbing my whitehead/ black head. Argh..Please, good hand, behave. Just put this beautiful hand on the keyboard/mouse or anywhere except on my face! Just talking to myself actually.


*******************************************



Tetiba malas nak taip in english.  Itupun setelah beberapa jam saya biarkan entry ni tanpa publish.


Appreciation


Okla, hari ini saya (saya la pulak. takpela, hari ni nak guna kata nama saya ;p.miss my old blog) terperasan, actually bukan hari ni saja tapi dah beberapa hari dah. Most of the cases (eh, apesal keluar jugak perkataan english ni?knock to myself), kalau perempuan ni, bila dah berkumpul, gather dengan kawan-kawan dia, kalau tak banyak, sikit pun jadila, mereka mesti akan bergosip-ing dan berstory-ing tentang hal orang itu, hal orang ini, tak puas hati dengan orang itu, hal orang ni, more to sesi luahan perasaan sebenarnya (mengumpat ke ni?).

Kalau rasa tak nak tambah dosa, orang yang mendengar tu akan diam, biar seorang tu je bercerita.Tapi tak bestla kalau macam tu. Kenapa tak best? Ha...memang tak best sebab bila seseorang tu bercerita dengan penuh bersemangat or mungkin dengan lemah semangat tapi tiba tiba dia terperasan orang yang mendengar tu tak bagi tindak balas apa apa, cuma senyum, iyekan macam tu je.

Mestila mood untuk dia bercerita pun hilang kan. Lepas tu, masing masing diam. Ha, kan dah jadi situasi yang janggal dan sangatla tak best bila mana ramai-ramai duduk dalam satu kumpulan, lepas tu masing masing diam. Hurm, susah kan. Takkan kita nak hidup sorang sorang, makan sorang sorang, cakap sorang sorang? Kata hidup bermasyarakat kan.

Kesimpulannya, bergaul dan berkomunikasi dengan orang ramai sangat diperlukan dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia yang normal, cuma kita perlulah mengelaskan mana yang penting dan mana yang kurang penting untuk dibualkan. Cuba jauhkan diri dari mendengar perkara-perkara yang mejerumuskan kita ke sesi umpat mengumpat *wallahualam, minta dijauhkanm. More or less, excuse untuk pergi toilet ke, pergi mana mana ke, kalau berani, cuba tegur secara berhemah, 'kita ni macam dah mengumpat dah, tak payahla cakap pasal dia, nanti kita dapat dosa, dia pulak dapat pahala kita'. Persoalannya, berani ke? (untuk diri sendiri)


Sedikit renungan bersama:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah DOSA, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang" Ayat 12 : Surah Hujurat
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Hidup di dalam suatu organisasi yang besar menyebabkan kita banyak bergaul dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang menyenangkan, ada yang sedikit menjengkelkan.Kalau tak puas hati tang mana mana tu, confront to each other. Sanggupkah kita 'makan daging saudara kita sendiri'?

Minta-minta Allah jauhkan kita semua dari perkara-perkara sebegini. Saya sendiri sedang berusaha untuk mengelakkan diri dari berkata perkara-perkara yang menjurus ke aras mengumpat. Walaupun susah, sama-sama lah kita cuba. InsyaAllah, berjaya.


Teringat kata kata yang makcik saya selalu cakap dekat anak anak dia : Jaga Allah, Allah akan jaga kita.

Sekian, wallahualam.

Rujukan 1: http://greencastle.wordpress.com/2011/02/23/fitnah-dan-mengumpat/
Rujukan 2:  http://wardinasafiyyah.com/penulisan/wanita-a-remaja/4-apabila-ingin-mengata
Tuesday 21 February 2012

Alhamdulillah...terlepas satu beban

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum w.b.t.

Syukur alhamdulilah, kelegaan aku sudah berakhir (oh..not 100% actually). Tapi sangat sangat lega.

I feel so relieve.

 Syukur sangat sebab sebelum ni, aku sangat stress dan berdebar yang amat sangat untuk bercakap dengan bos mengenai perletakan jawatan aku ni. Ambil masa dua hari jugak.Surat dah siap cuma level of confident to face the boses tu belum ada banyak.

Alhamdulillah. Mood bos ok. Harap-harap mood ayah dia pun ok la bila tahu pasal ni. Huhuhu...

Baru tadi, aku bercakap dengan bos kecik. Eh, kat tempat kerja ni, aku ada 3 bos, 1st big bos (owner company ni), 2nd bos (anak dia, jaga bahagian education) dan bos kecik (bos atas aku sikit). Alhamdulillah, bos kecik ni orang education, dia ada title Dr., so bila aku cakap nak further study, dia memang sokong la. Ha, part tu memang lega. Kiranya dia boleh sokong la perletakan jawatabn aku ni.


Tapi sekarang masalah sikit, aku tiba-tiba nak ubah tarikh akhir aku kat company ni. Bila fikir-fikir balik, nak ubah ke hujung bulan, tapi tengokla macam mana. Erkk...boleh ke?

Apa-apa pun, aku dah lega...Alhamdulillah.


*Eh, entry ni sangat banyak perkataan alhamdulillah kan...takpela, tu menunjukkan aku sangat-sangat bersyukur dan sangat lega sekarang (^_^)


UPDATE:

Big bos dah release aku, siap suh cadangkan siapa nak ganti. Nama dah ada, harap-harap orang tu nak la. 
Monday 20 February 2012

Kemalasan melanda

Appreciation


Ok, aku dah blur. Tak tau nak mulakan apa dulu. Hari jumaat lepas, lepas meeting, bersemangat aku nak buat kerja. Tapi apa boleh buat, lepas metg je dah nak pukul 7 MALAM! Dahla hari jumaat, sorry la nak buat kerja.

Hari ni, aku rasa masih malas malas lagi. Malas untuk bangun dari kerusi ini..walaupun kerusi ni takdela empuk mana..Semangat...sila datang...


Ingat, kerja kerana Allah (^_^)

Betul ke?

Bismilahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini hari isnin, mood masih kurang untuk bekerja. Semalam, aku dah bercakap dengan mak aku. Mintak pendapat beliau tentang keputusan aku tu. Alhamdulillah, beliau menyokong. Cuma tak best bila fikir part duit. Ya Allah, jauhkan lah aku dari memikirkan tentang duit dan duniawi saja. Niat...sila betulkan niat kamu itu cik pengat pisang!


Bila aku teliti balik entry yang lepas, wah, agak drastik jugak keputusan aku. Kalau menjadi kenyataan, inilah kerja aku yang paling sekejap. Takpala, lain kali, ikut kata hati. Memang kalau diimbas kembali, sebelum aku nak kerja kat sini, aku agak teragak-agak (ok, ni ayat ape pulak). Maksudnya, aku masih was-was, betul ke aku nak kerja kat sini setelah aku mendengar pelbagai cerita yang tak best tentang company ni?

Tapi bila aku fikir balik, kerja mana yang tak stress kan..Ok, memang betul. tapi kerja kat sini, lain sikit. Aku tak tahu kenapa, tapi 1st, aku macam terkontang kanting. Aku geram sebab terima arahan dari seorang ketua yang aku rasa, dia boleh buat benda tu sendiri. Macam sengaja nak menyusahkan aku. Sebab, bila aku study balik job description aku, aku bukannya kena tumpu buat kerja yang dia minta aku buat untuk dia. Tapi, takpela, ingat dia seperti macam ayah aku je. Tolongla. Tapi, agak stress jugakla.. yang 2nd, aku rasa macam susah je  nak masuk dengan orang kat sini. Entahla, rasa isolated, rasa terkurung, rasa terasing, rasa terbiar...apa lagi...sedih...tapi tak boleh nak salah kan sesiapa. Mungkin bilik aku yang terasing dari orang ramai yang membuatkan aku terpinggir.

Satu lagi, aku tak suka berjumpa dengan anak bos aku, actually dia bos aku kat sini manakala bos aku yang betul-betul tu, dia stay kat hq. Dia macam...entahla..ok..tak baik berburuk sangka. Dah..stop kat sini...

Sekian luahan hati aku kali ni.

Wassalam.
Friday 17 February 2012

Cetusan rasa di hati ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sungguh aku tidak menaip di blog ini. Bagaikan terabai blog yang satu ini. Baiklah, di sini aku ingin kongsikan beberapa perkara yang berlaku pada diri ini. Bukannya aku tidak bersyukur, Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat kurnia MU. Aku yakin, semua yang berlaku, pasti ada hikmahNya.


Sejak aku kerja di tempat baru ini, semangat bekerja tak sama seperti dulu. Bahagian ini, aku nak cerita tentang perasaan aku. Kadang-kadang aku tension, stress. Hanya aku seorang di bahagian ini. Dan aku mempunyai 3 orang atasan. So, kadang-kadang aku tak tahu nak ikut cakap yang mana satu. Ada ketika, aku bagaikan tersepit kerana seorang bos kata macam ni, seorang bos lagi kata macam tu. Nasib baik seorang bos lagi, which is Big Bos, dia ok je. Serahkan pada dua orang bos ni.

Kadang-kadang, aku bagaikan keliru. Mana satu yang sepatutnya tugas ku. Bayangkan, aku baru sahaja masuk di sini, sudah disuruh dan diminta membuat itu dan ini. Tanpa tunjuk ajar dari orang terdekat, maksud aku colleague. Bos yang seorang ni, dia ada cakap, kalau ada apa-apa, tanya dia. Tapi aku tengok muka dia pun macam dah seram sejuk. Hahaha...Tapi dia baik, soft spoken. Dalam dia marah-marah, in the end, dia cakap balik dalam suara yang lembut. So, aku dah lembut hati kat situ. Cuma cara dia mengeluarkan amarah dan coach orang, its a bit scary.

Semalam, aku gathering dengan dua orang ex-ofismate lama dan sekarang telah menjadi ofismate kat tempat baru ni. Kami berbual tentang seorang colleague yang tengah mencari kerja. Mereka masing-masing mengeluarkan pendapat masing-masing dan selebihnya aku hanya menjadi pendengar. Bila aku dengar, tafsir balik, ada betulnya cakap mereka tentang colleague kami yang sorang ni. Dan aku letakkan aku di tempat dia. Dan aku akui, mungkin ada sedikit sebanyak, perasaan yang dia rasai itu pada aku. Aku rasa, mungkin aku belum bersedia untuk bekerja. Ye la, sebelum ni, kerja di tempat lama, sangat santai. Kerja umpama tak bekerja. Cuma yang peritnya, gaji tak dapat sampai sekarang. Di tempat sekarang, gaji, insyaAllah on-time. Tapi kau kena menjadi seorang yang hati kering, no heart feeling dan buat seperti, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebabnya, kau akan dimarah, disindir, dikondem seteruk-teruknya. Macak aku hari tu, bos seorang ni kata PR aku sangat teruk. Hmm..perit jugak untuk aku terima sebab aku tak rasa macam tu, But, kita kena lah terima komen dari orang sekeliling. Mungkin ada betulnya. Cuma..memang makan dalam la.\

Aku pernah menangis disebabkan kerja di sini. Dan sekarang, peratusan untuk aku bekerja di sini semakin kurang dan aku dah membuat satu keputusan, aku akan resign dan insyaAllah, aku nak sambung Master. Cuma aku tak tau bila aku nak resign sebab kalau diikutkan hati aku, mahu saja aku resign next week. Ini betul betul. Aku datang kerja, masuk je ofis, terus semangat aku untuk membuat kerja hilang. Apa yang menyebabkan aku bertahan, kawan-kawan dan semestinya gaji.

Ya Allah, semoga keputusan yang hambaMU buat ini adalah yang terbaik bagi ku. Amin.

 

Blog Template by BloggerCandy.com