Friday, 27 January 2012

Hari Jumaat yang bahagia

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini adalah hari Jumaat dan aku berbahagia sekali kerana esok dah cuti. Tapi esok kena bangun awal, nak bersukan...swimming...best..best...



Hari ni minggu kedua aku kat tempat kerja baru. Agak sibuk. Ye la, sejak 2 minggu kat sini, selang sehari ada je mesyuarat. Mesyuarat kalau setakat 12 to30 minit, takpe jugak, ni kadang-kadang melalut sampai ke 2 jam. Paling aku tak suka, biasanya mesyuarat bos akan buat dalam range 5 to 530 ptg...so anda semua boleh bayangkan lah kalau melarut sampai ke pukul 7. Mana nak solat asar lagi, nak balik rumah lagi. Oh, since aku baru je start kerja kat sini, aku tak pindah lagi rumah dan aku rasa kalau aku nak kerja kat sini, memang aku kena pindah rumah sebab tempat kerja sekarang dengan rumah yang aku duduk sekarang adalah saaaaannnnggaaaaattttttttttttt jauh. Huhuhuhu...Kalau pagi, jalan clear, pecut sikit, setengah jam dah sampai. Jalan clear pun sebab sekarang kan tengah cuti sekolah, CNY kan. Next week buda-budak sekolah dah start bersekolah balik. Memang jam la...Itu hal time pagi, waktu nak pergi kerja. Time nak balik pulak, aiyoooo...lagi lama woo....kalau nasib baik, 40 minit macam tu boleh sampai rumah. Kalau nasib tak baik, adala sejam lebih. Aku lalu MRR2 kot...korang mesti tahu, itula salah satu hotspot yang selalu jalam jem. Fuuhhh....

Oh, satu lagi...kakak ofis aku yang dulu datang interview kat ofis aku kerja sekarang hari ini. Ye la, masalah kat ofis lama aku tu, aku rasa takda siapa boleh tahan kot. Aku da suruh sorang lagi ofismate aku anta resume kerja kat sini. Biarlah orang kata aku nak bawak geng...tapi niat aku suci (suci kee...hehe..padahal nak geng bergosip ;p). Aku taknak la kawan-kawan ofis lama aku terbiar macam tu je. Bayangkan....gaji kitorang dah tertunggah 3 4 bulan...Sape boleh tahan? Kecuali ko anak orang kaya...sebab memang ada pon anak datuk and anak orang kaya dalam company lama aku tu and diorang memang mantain je kat sana.

Ehh...melalut pulak, sebenarnya nak cerita tentang kakak ofismate aku yang datang interview ni. Alhamdulillah, kemungkinan besar memang dia akan dapat kerja kat sini. Adalah kawan aku kat sini. Kalau tak, duduk je sorang sorang dalam bilik. Serius, aku kat sini memang isolated sebab aku diberi satu bilik khas yang memang takde sape pun...memang terasing sangat.




okla, nanti sambung cerita lagi. adios~


Selamat Berhujung minggu.


Gambar semua dari Google.

0 suara comel:

 

Blog Template by BloggerCandy.com