Bismillahirrahmanirrahim.
Lama sungguh aku tidak menaip di blog ini. Bagaikan terabai blog yang satu ini. Baiklah, di sini aku ingin kongsikan beberapa perkara yang berlaku pada diri ini. Bukannya aku tidak bersyukur, Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat kurnia MU. Aku yakin, semua yang berlaku, pasti ada hikmahNya.
Sejak aku kerja di tempat baru ini, semangat bekerja tak sama seperti dulu. Bahagian ini, aku nak cerita tentang perasaan aku. Kadang-kadang aku tension, stress. Hanya aku seorang di bahagian ini. Dan aku mempunyai 3 orang atasan. So, kadang-kadang aku tak tahu nak ikut cakap yang mana satu. Ada ketika, aku bagaikan tersepit kerana seorang bos kata macam ni, seorang bos lagi kata macam tu. Nasib baik seorang bos lagi, which is Big Bos, dia ok je. Serahkan pada dua orang bos ni.
Kadang-kadang, aku bagaikan keliru. Mana satu yang sepatutnya tugas ku. Bayangkan, aku baru sahaja masuk di sini, sudah disuruh dan diminta membuat itu dan ini. Tanpa tunjuk ajar dari orang terdekat, maksud aku colleague. Bos yang seorang ni, dia ada cakap, kalau ada apa-apa, tanya dia. Tapi aku tengok muka dia pun macam dah seram sejuk. Hahaha...Tapi dia baik, soft spoken. Dalam dia marah-marah, in the end, dia cakap balik dalam suara yang lembut. So, aku dah lembut hati kat situ. Cuma cara dia mengeluarkan amarah dan coach orang, its a bit scary.
Semalam, aku gathering dengan dua orang ex-ofismate lama dan sekarang telah menjadi ofismate kat tempat baru ni. Kami berbual tentang seorang colleague yang tengah mencari kerja. Mereka masing-masing mengeluarkan pendapat masing-masing dan selebihnya aku hanya menjadi pendengar. Bila aku dengar, tafsir balik, ada betulnya cakap mereka tentang colleague kami yang sorang ni. Dan aku letakkan aku di tempat dia. Dan aku akui, mungkin ada sedikit sebanyak, perasaan yang dia rasai itu pada aku. Aku rasa, mungkin aku belum bersedia untuk bekerja. Ye la, sebelum ni, kerja di tempat lama, sangat santai. Kerja umpama tak bekerja. Cuma yang peritnya, gaji tak dapat sampai sekarang. Di tempat sekarang, gaji, insyaAllah on-time. Tapi kau kena menjadi seorang yang hati kering, no heart feeling dan buat seperti, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebabnya, kau akan dimarah, disindir, dikondem seteruk-teruknya. Macak aku hari tu, bos seorang ni kata PR aku sangat teruk. Hmm..perit jugak untuk aku terima sebab aku tak rasa macam tu, But, kita kena lah terima komen dari orang sekeliling. Mungkin ada betulnya. Cuma..memang makan dalam la.\
Aku pernah menangis disebabkan kerja di sini. Dan sekarang, peratusan untuk aku bekerja di sini semakin kurang dan aku dah membuat satu keputusan, aku akan resign dan insyaAllah, aku nak sambung Master. Cuma aku tak tau bila aku nak resign sebab kalau diikutkan hati aku, mahu saja aku resign next week. Ini betul betul. Aku datang kerja, masuk je ofis, terus semangat aku untuk membuat kerja hilang. Apa yang menyebabkan aku bertahan, kawan-kawan dan semestinya gaji.
Ya Allah, semoga keputusan yang hambaMU buat ini adalah yang terbaik bagi ku. Amin.
Night Of Fright 10 Sunway Lagoon
1 week ago
0 suara comel:
Post a Comment