Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum w.b.t.
I cant stop myself from touching and rubbing on my face. I dont know what cause me to do that. All i can see and realized, suddenly my hands were scrubbing my whitehead/ black head. Argh..Please, good hand, behave. Just put this beautiful hand on the keyboard/mouse or anywhere except on my face! Just talking to myself actually.
*******************************************
Tetiba malas nak taip in english. Itupun setelah beberapa jam saya biarkan entry ni tanpa publish.
Appreciation |
Okla, hari ini saya (saya la pulak. takpela, hari ni nak guna kata nama saya ;p.miss my old blog) terperasan, actually bukan hari ni saja tapi dah beberapa hari dah. Most of the cases (eh, apesal keluar jugak perkataan english ni?knock to myself), kalau perempuan ni, bila dah berkumpul, gather dengan kawan-kawan dia, kalau tak banyak, sikit pun jadila, mereka mesti akan bergosip-ing dan berstory-ing tentang hal orang itu, hal orang ini, tak puas hati dengan orang itu, hal orang ni, more to sesi luahan perasaan sebenarnya (mengumpat ke ni?).
Kalau rasa tak nak tambah dosa, orang yang mendengar tu akan diam, biar seorang tu je bercerita.Tapi tak bestla kalau macam tu. Kenapa tak best? Ha...memang tak best sebab bila seseorang tu bercerita dengan penuh bersemangat or mungkin dengan lemah semangat tapi tiba tiba dia terperasan orang yang mendengar tu tak bagi tindak balas apa apa, cuma senyum, iyekan macam tu je.
Mestila mood untuk dia bercerita pun hilang kan. Lepas tu, masing masing diam. Ha, kan dah jadi situasi yang janggal dan sangatla tak best bila mana ramai-ramai duduk dalam satu kumpulan, lepas tu masing masing diam. Hurm, susah kan. Takkan kita nak hidup sorang sorang, makan sorang sorang, cakap sorang sorang? Kata hidup bermasyarakat kan.
Kesimpulannya, bergaul dan berkomunikasi dengan orang ramai sangat diperlukan dalam kehidupan seharian sebagai seorang manusia yang normal, cuma kita perlulah mengelaskan mana yang penting dan mana yang kurang penting untuk dibualkan. Cuba jauhkan diri dari mendengar perkara-perkara yang mejerumuskan kita ke sesi umpat mengumpat *wallahualam, minta dijauhkanm. More or less, excuse untuk pergi toilet ke, pergi mana mana ke, kalau berani, cuba tegur secara berhemah, 'kita ni macam dah mengumpat dah, tak payahla cakap pasal dia, nanti kita dapat dosa, dia pulak dapat pahala kita'. Persoalannya, berani ke? (untuk diri sendiri)
Sedikit renungan bersama:
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Hidup di dalam suatu organisasi yang besar menyebabkan kita banyak bergaul dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang menyenangkan, ada yang sedikit menjengkelkan.Kalau tak puas hati tang mana mana tu, confront to each other. Sanggupkah kita 'makan daging saudara kita sendiri'?
Minta-minta Allah jauhkan kita semua dari perkara-perkara sebegini. Saya sendiri sedang berusaha untuk mengelakkan diri dari berkata perkara-perkara yang menjurus ke aras mengumpat. Walaupun susah, sama-sama lah kita cuba. InsyaAllah, berjaya.
Teringat kata kata yang makcik saya selalu cakap dekat anak anak dia : Jaga Allah, Allah akan jaga kita.
Sekian, wallahualam.
Rujukan 1: http://greencastle.wordpress.com/2011/02/23/fitnah-dan-mengumpat/
Rujukan 2: http://wardinasafiyyah.com/penulisan/wanita-a-remaja/4-apabila-ingin-mengata
0 suara comel:
Post a Comment