Wednesday, 29 February 2012

Redha dengan ketentuan Allah SWT

 Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah, hari ni dapat juga aku mencoretkan sesuatu kat sini.
Syukur, aku masih dikurniakan kesihatan yang baik.
Semoga terus diberikan kesihatan yang baik selalu.


Dalam diam tak diam, tinggal 2 hari je lagi sebelum trip aku ke Sabah. Dan seminggu lebih lagi untuk aku pergi ke suatu tempat yang menjadi keinginan semua umat Islam untuk pergi ke sana. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Persediaan pun masih 50%, risau jugak takut takut ilmu yang ada masih belum mencukupi.


Tentang trip ke Sabah, walaupun tinggal lebih kurang 2 hari tapi persediaan untuk ke sana belum dibuat 100% lagi. Walaupun homestay dah book, tapi aku masih dalam mood berjaga jaga, tak mau terlebih teruja untuk ke sabah  Takut terlalu kecewa. Sebab takut tak jadi. Anything can happen in this 2 days. Contohnya, macam minggu lepas, aku diberitahu oleh kawan aku sendiri, kawan yang nak pergi ke sabah dengan aku ni, dia disuspek demam denggi. So, aku pun tak nak la mengharap sangat. Ditambah pulak dengan duit gaji yang belum tentu aku akan dapat. Kalau syarikat ni baik hati and ade consideration, diorang akan bagi, kalau tak berhati perut, memang tak dela. Sedih T____T... Jauh wo aku berulang sehari hari nak datang kerja ni. Nak tempuh jam kat MRR2 tu. Mula la aku terfikir jahat...Kalau la aku hantar surat resign time lepas dapat gaji, lagi bagus kan. Tapi, fikir balik, duit yang aku dapat tu, berkat ke? Tak sanggup la pulak. Ish..tak sanggup nak guna. KALAU tu kan permainan syaitan. Tetapkan iman, semuanya telah diaturkan oleh Allah. Pasti ada hikmah, redha sajalah.

Ok, sekian entry luahan.

0 suara comel:

 

Blog Template by BloggerCandy.com